Friday, 20 September 2013

Kesian tengok blog sendiri . Macam construction terbengkalai :( gambar banyak hilang .

Sunday, 10 March 2013

Whoahhh

ADA PERASAAN GELI SEDIKIT BILA BACA ENTRY DULU -DULU .


IS IT ME ??? OH NOOOO TT____TT


DEMI TIDAK MEMALUKAN DIRI SENDIRI . ENTRY LAMA AKAN KU DELETE . 

MAKLUM LAH , DARAH MUDA SUKA MEREPEK ! YAKSSS .

Seoul Day 1

Hi.. seperti yang aku cakap nak update pasal family trip ke Korea . 1..2..3..Go!


18/2/2013

Seawal pukul 4.30pg abah dah kejutkan semua orang . Flight kami pukul 8.50pg . Abah ni dia dah terbiasa kerja dengan Jepun . So, apa-apa pun mesti nak semua awal . Aku memang mengantuk tahap dewa sebab malam sebelum tu tidur pukul 2pg. Bajet-bajet taknak tidur sangat malam tu sebab nak simpan rasa mengantuk tu dalam flight . 6jam 20minit kauu ! nak buat aksi apa dalam flight . Bosannn

Nasib baik ada Irap yang baik hati hulurkan pertolongan nak hantarkan kami pagi tu . Terima kasih awk :) Sebab kalau nak park kereta dekat Lcct agak mahal untuk 5 hari . Tambah pulak selalunya parking penuh . On the way nak ke Lcct tu singgah untuk pick up atok dgn makwan . Atok & makwan pun nak hantar kami jugak :D then, singgah R&R Dengkil untuk solat subuh.


6.45 kami sampai Lcct . Lepas check in luggage kami pun pi singgah sarap dekat Marry Brown . Kalau bawa atok, mesti pekena teh tarik ! Marry Brown pun ada teh tarik . kelasss gittewww !



Oitt ngantok ke apa nii ??





Lepas breakfast kitorang boleh pula bersantai santai tangkap-tangkap gambar bagai padahal dah diumumkan panggilan terakhir untuk berlepas . Disebabkan tu kitorang jadi orang paling akhir sekali masuk dalam kapal terbang . hahahaa . 


Okay bermulalah perjalanan selama hampir 7 jam . Punggung ni dah tak terkata kematunya . Nak snap gambar pun dah kehabisan idea untuk beraksi ! hakhakk >.<


Masa dalam flight, pramugari yang cun-cun tu akan agihkan arrival card & custom declaration ni . Ni kena serah bila tiba kat imegresen Korea. Isi jangan tak isi . Isi awal-awal senang !


Nasi Lemak Pak Nassier . Sedappp . Tapi aku kenyang time ni . Percaya tak ?


Bukti kami bosannnn T____T




Tepat pukul 4.10 petang waktu Korea kitorang pun sampai di Incheon Airport . Tak sabar sangat nak jejak kaki kat bumi Korea ni . Eksaitedd makkk ! :D 

Sedia maklum teknologi kat Korea mmg advance . So, masa dekat imegresen tu tak lah lama. Sekejap je . Then, tak sabar nak jumpa Bob ! Yeayyy..



Yeayyy ! Finally, lepas 1 tahun tak jumpa .


Reaksi pertama aku lepas jumpa dia . "Amboiii, ni Lee Min Ho..ho..ho..horlick kaa ?" mihmihmih >.< *Okay, bergaya dah sekarang . Kalau dia baca ni kembang tak kuncup lah jawabnya . Dalam airport tu aku masih tertanya tanya, "alahaii, mcm ni ke sejuk kat Korea . Takde la sejuk manaaaa..*Nada sombong disitu !


Lepas dah jumpa salam peluk semua kitorang nak cari tempat untuk solat . Ada satu tempat tu dipanggil Prayer Room kat airport tu . Kat situ pelbagai bangsa dan agama boleh solat . haa hambekk ! . Then Bob cakap tak payah solat kat dalam tu . Sebab dalam tu siap ada patung berhala semua . Then ada sami yang jaga . So, kitorang cari arah kiblat pakai apps dan solat kat satu sudut tersorok kat airport tu .Satu masalah yang agak rumit, toilet public kat Korea ni semua tak ada paip . Dorang jenis tak suka lantai toilet basah & kotor . Tapi tang kencing tak basuh tak kotor pulak . gituuu.. Awal-awal orang yang jaga toilet tu dah warning kalau nak berwuduk jangan basuh kaki dalam singki . Mungkin dorang dah selalu nampak orang kita ambil wuduk naik kaki kat atas singki .So,Nurizan ajar ambil wuduk basuh kaki guna tisu basah . Ini dikira darurat . 


Islam itu mudah ;) Solat diutamakan tak mengira keadaan .


Waktu Korea awal 1 jam dari Malaysia . Waktu ni kitorang jamak asar dan zohor . Waktu maghrib kat sana adalah pukul 6 lebih yer . Lepas solat, lepak lepak sekejap pekena susu pisang . Sedap gilerrrr



Keluar je dari airport menuju ke train barulah aku rasa sejuknya Korea . Mak aiii..baru keluar aku dah rasa tangan nak kebas . Gigi dah bergesel . Urat kaki dah mula rasa kejang. Tak tahan terus buka beg ambik baju sejuk . Si Bob gelakkan aku . Sedap je dia cakap "haha..suka tgk korang terseksa sebab sejuk ni . Best kan ! " siot..Melampau sejuknyaa.. tambah dengan angin kuat . Tak silap suhu malam tu -2 or -3 degree macam tu laa . Nasib baik tak tunggu train lama . Train kat sana sampai tepat pada waktunya . Paling lama korang akan tunggu pun dalam 3 atau 4 minit sahaja . Tak pernah delay la sepanjang aku kat sana . Yang itu, gua respect !!


Lama jugak nak sampai ke Achasan . Lebih kurang 1 jam 30minit perjalanan nak ke guesthouse. Guesthouse yang kitorang book terletak kat daerah Achasan . Sangat dekat dengan subway station . 1 minit je . Siapa yang nak ke Korea aku syorkan korang pilih Phil House . Bersih, harga berpatutan, staf yang mesra, bilik yang cantik, moden . Sangat selesa ok ! 










Lepas check in bilik kitorang tak sempat nak rehat pun . Sebab masing masing dah lapar . Malam tu decide nak ke Itaewon untuk makan dan beli barang keperluan yang halal . Itaewon terkenal sebagai tempat pelancong . So, makanan halal pejam mata je nak cari disana yer . Sebab banyak Pak Arab dan Pakwe2 Turki yang jadi peniaga kat sana . Bob bawa kitorang makan Pilaf kat Mr.Kebab malam tu . *Abg Turki yang serve kan kitorang Pilaf tu machooo ! hikhikk




Sedapp . Tapi tak mampu nak habiskan . Banyak sangat . Kitorang syak, dorang ni dah nak tutup kedai .So, mana Pilaf yang terlebih lebih tu dorang sumbat kat pinggan kitorang . Syak je laa, jangan percaya .



Semua muka dah toyaaa ! Aku dgn Nurizan masih control ayu . :p




Habis makan, kitorang jalan-jalan Itaewon sambil nak cari kedai beli barang halal nak masak . Tengah jalan-jalan kat tepi2 pub & restoran dorang aku nampak ada 2 3 awek Korea yang cun gila . Make up macam artis . Rupanya, itu maknyahh Korea . Aku ternganga pandang Bob bila dia cakap tu semua pondan . Homagoshhhh ! Cantik gila sekali dengar suara sumpah taknak pandang dah ! Macam tak caya kat sana pun ada jugak spesies tu ek . Aku agak dorang tengah tunggu customer dorang . Siap bergosip sesama dorang lagi depan hotel bajet  . Lepas cari barang, kitorang balik ke Achasan . Tak sabar nak golek--golek atas katil . Penat sangat, plus, tak tahan cuaca malam tu sejuk nak mampuihhh .


Next entry...Seoul Day 2 ;)

Saturday, 9 March 2013

Preparation Family Trip -Korea

Assalamualaikum .


Entah kenapa hari ni rasa nak update blog nak cerita pasal family trip ke Korea, 18 Feb - 22 Feb 2013 . Alhamdulillah family ada rezeki lebih dapat jugak merasa ke sana, plus, adik lelaki aku memang belajar kat sana . So, nak dijadikan tujuan ke sana sebab nak melawat dia lah . Sambil menyelam minum air ;)


Satu bulan sebelum pergi tu kitorang dah book tiket . Seperti biasa, Air Asia . Murah & pada aku not bad la servis dia . Kalau naik MAS, mahu makan RM10000+ untuk flight sahaja . Dua kali ganda murah air asia ;) janji selamat sampai kan. Lepas book tiket, mulalah dok pikir pikir preparation apa yg kena buat . Dah sedia maklum, masa kitorang pergi ni tgh musim winter . Mula-mula tak dapat nak bajet tahap sejuk kat sana . Tido pasang air cond yang 16 deg tu pun dah berselubung apa entah lagi kalau suhu bawah 0 deg kan.


So, selama satu bulan tu la aku menghadap laptop dari pagi membawak ke malam semata mata blogwalking . Aku mula cari cari info pasal negara K-pop tu . Salah satu sebab aku update blog pasal pengalaman aku ke sana pun sbb nak bagi info pada mereka mereka yang nak ke sana nanti . SANGAT BERGUNA OK ! Rata rata blog yang aku baca sangat sangat lah membantu dari semua aspek . Termasuk pakaian sesuai, budget, tempat menarik kat sana, makanan, imegresen, transport, guesthouse dan pe'el orang orang Korea ni .Aku rasa bila baca blog tu semua mcm aku dah sampai kat sana . Punya feelnya :D


Abah pulak, dah bagi tugas dekat aku dengan Bob (adik laki aku) utk cari guesthouse kat sana . Kata abah, "abah tahu keluar duit je . Guesthouse dan tempat yang kita nak pergi nanti korang arrange lah agendanya !" Cewahhh ! Memula agak excited bila abah cakap mcm tu . Tapi makin nak dekat pergi makin serabut pulak rasanya . hihii . So, berbekalkan Skype & Whatsapp untuk berkomunikasi dengan Bob, kitorang pun survey guesthouse, dibantu dengan Nurizan ("kawan" Bob *katanya). Nurizan ni kira dah pro dalam berbahasa Korea . Dia dgn Bob yang jadi jurubahasa kitorang sepanjang kat sana. Untuk makluman, sangat-sangat susah nak jumpa orang Korea yang boleh berbahasa Inggeris . Mereka akan guna bahasa mereka kalau nak komunikasi dengan kita . Dorang ni expect kita pandai bahasa dorang. Kalau ada yang boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit pun, sumpah korang takkan faham :D Sudahnya, macam itik bercakap dengan ayam la ghopenyeee..


Akhirnya, Phil House jadi pilihan terakhir . Bob yang cari, then aku berurusan dalam email dengan pihak Phil House ni . Nasib baik dorang ni mmg mesra. Dok layan je email2 aku . Dan, dalam masa sebulan tu, aku & mak buat preparation apa yang perlu dibawa . Barang makanan of coz kena bawa ! Semua akan aku update lepas ni . Nantikannnn ;)

Saturday, 19 January 2013

Study week

ASSALAMUALAIKUM..

Ya Allah.. gila berhabuk blog aku . Rasa macam punya dah bertahun lama tinggalkan dunia blogging . Muahahaa . Bukan apa, mood nak bercerita tu dah tak ada . Feeling nak menaip tiba-tiba lari entah kemana . Tapi, sejak cuti study week hari tu tangan ni terasa gatal sangat nak menaip blog . Memang perangai aku macam ni, bila tengah cuti nak exam mula kepala otak aku ni macam-macam benda nak buat *berlagak macam semester break ! Siap berlagak dgn kawan-kawan paper aku start lambat memandangkan diorang semua start paper awal . Berbalik kepada cerita tadi, ada je benda-benda yang aku terfikir nak buat bertujuan membuang masa belajar yang diberikan oleh pihak universiti (*study week). Sejujurnya pada aku, aku rasa cuti nak exam lagi awesome dari semester break .! Aku sorang yang ada feeling songsang macam tu . *Haipp,! Feeling songsang kat sini bermaksud feeling cuti okay, feeling yang lain NORMAL ! :D 

Time study week la aku rasa macam nak baca novel banyak-banyak . Siap list kan lagi senarai novel yang aku nak baca . Pergi library konon nak study, cakap kat mak, lebih fokus belajar dekat library sebab suasana keliling semua penuh dengan orang study *al-maklum, musim exam . Aku paling tak boleh tahan bila terjumpa novel yang aku memang nak sangat baca . Terus pinjam . Lepas tu nekad dalam hati, "kau kena baca novel ni lepas exam ! Waktu exam kau simpan sorok novel tu dalam-dalam dekat stor . Malangnya, aku tak berjaya dengan misi tu, aku tewas T____T sehari sebelum paper finance aku dah selesai baca . Nampak tak tu..........

Time study week aku rasa macam nak menaip kat blog . Padahal tak ada cerita pun . Tapi fikiran jahat ni menghasut untuk buat benda lain asalkan bukan STUDY ! teruknyaaa

Time study week rasa macam nak tengok movie banyak banyak banyakkkk . Memang pelik, sebab bila semester break tak ada pulak teringin nak buat semua tu . 

Time study week rasa macam nak keluar jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa . Sabar-sabar pun boleh kan . Lepas exam kan boleh buat semua tu . Tapi kenapa semua tu datang bila cuti study week ?????
Bila dah cuti semester rasa bosan yang amat tak tahu nak buat apa ! 

Kesimpulannya, syaitoonnnn banyak sangat bila kita berniat nak berbuat sesuatu yang mendatangkan faedah . Terpulang pada diri sendiri untuk fikirkan mana yang baik atau sebaliknya . Okay dah habis cerita . Bye

*menunggu hari nak pergi vacation . Yeayyy



Wednesday, 18 April 2012

no title

hye2..long time no see you belog ! sangat sangat rindu nak merapu meraban di sini . banyak faktor yang menyebabkan aku malas nak membebel kat belog nih ..*fuh..fuhh..(sambil tiup sawang2 di belog ni) . sekarang ni agak busy sikit lah . baru masuk study . im freshie !! pheww -..- freshie sebagai student di faculty business management major in operation mngment, uitm puncak alm . pfftt.. sedey kan . tak penah belajau luau dari selangor ! *kan dah keluau melaka aku !! makin dekat pulak aku kan . guling guling je pi kelas . tapi alhamdulillah masih diberi rezeki nak sambung belajar .



ok ! aku pun tak paham kenapa pic ni stylo sangat .

ECONOMICS
BUSINESS LAW
BUSINESS ACCOUNTING

3 subjek ni boleh membunuhku ...especially for the last one ! 

ok babai ! dah malas nak menaip *ni lah masalah aku littlekittyemoticon

Sunday, 25 December 2011

Singapura !

assalamualaikum...
kat sini aku cuma nak share sikit cerita dan pengalaman aku utk pertama kalinya melawat negara orang . hihi..syoknyaa UNIVERSAL STUDIO ! ahh.. malas nak taip2 lagi..nengok je la pic kat bawah ni keyh ;)


amboihh.. ter'snap' lubang hidung org pulak .

beratur utk masuk . kami pakai bodyguard ! hehehh



shrek & fiona dah penat . otw nak balik rumah diorang :'( tak dpt bergambar .

bos sape lah ni ! lu memei terbaik lah bos :D

dekat dalam egypt park ni ada indoor roller coaster . sumpah aku kempunan nak naik lagi sekali .seriously best roller coaster tu . tak tipu !
yang ini pun best jugak ! diorang lakonkan action gempak .semua mat saleh yang take part . memang berbaloi-baloi.. haha
satu-satunya tempat makan dalam tu yg ada logo HALAL ! hahahh ..dekat dlm egypt park tu lah .
new york city .
suka sgt pokok candy ni . cantek !
terlampau penat . bos snap gambor.. dah tak heran dah :D
sempat naik yang warna merah tu je .seriously, best & tak sesuai utk org yg ada heart attack .hee.. yang biru tu satu hari nanti ! insyaAllah . *sampai termimpi2 nak naik yg biru tu .

tu saja lah buat masa ni . malas nak update sangat . haha . terima kasih bebanyak dekat bos aku yg gila sporting bawak kami holiday sampai universal studios. siap jadi pemandu pelancong lagi utk staf dia . sepanjang kitorang bercuti tu pun, bos mesti bawak makan kat tempat yang best2 kat melaka . yg harganya  boleh telan air liur kalau dgr . HAHA . thanks bos .! you're the awesome boss around the world . ahaha

*next week , fly to langkawi again ! tak sabar haihh . ;)