Saturday 19 January 2013

Study week

ASSALAMUALAIKUM..

Ya Allah.. gila berhabuk blog aku . Rasa macam punya dah bertahun lama tinggalkan dunia blogging . Muahahaa . Bukan apa, mood nak bercerita tu dah tak ada . Feeling nak menaip tiba-tiba lari entah kemana . Tapi, sejak cuti study week hari tu tangan ni terasa gatal sangat nak menaip blog . Memang perangai aku macam ni, bila tengah cuti nak exam mula kepala otak aku ni macam-macam benda nak buat *berlagak macam semester break ! Siap berlagak dgn kawan-kawan paper aku start lambat memandangkan diorang semua start paper awal . Berbalik kepada cerita tadi, ada je benda-benda yang aku terfikir nak buat bertujuan membuang masa belajar yang diberikan oleh pihak universiti (*study week). Sejujurnya pada aku, aku rasa cuti nak exam lagi awesome dari semester break .! Aku sorang yang ada feeling songsang macam tu . *Haipp,! Feeling songsang kat sini bermaksud feeling cuti okay, feeling yang lain NORMAL ! :D 

Time study week la aku rasa macam nak baca novel banyak-banyak . Siap list kan lagi senarai novel yang aku nak baca . Pergi library konon nak study, cakap kat mak, lebih fokus belajar dekat library sebab suasana keliling semua penuh dengan orang study *al-maklum, musim exam . Aku paling tak boleh tahan bila terjumpa novel yang aku memang nak sangat baca . Terus pinjam . Lepas tu nekad dalam hati, "kau kena baca novel ni lepas exam ! Waktu exam kau simpan sorok novel tu dalam-dalam dekat stor . Malangnya, aku tak berjaya dengan misi tu, aku tewas T____T sehari sebelum paper finance aku dah selesai baca . Nampak tak tu..........

Time study week aku rasa macam nak menaip kat blog . Padahal tak ada cerita pun . Tapi fikiran jahat ni menghasut untuk buat benda lain asalkan bukan STUDY ! teruknyaaa

Time study week rasa macam nak tengok movie banyak banyak banyakkkk . Memang pelik, sebab bila semester break tak ada pulak teringin nak buat semua tu . 

Time study week rasa macam nak keluar jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa . Sabar-sabar pun boleh kan . Lepas exam kan boleh buat semua tu . Tapi kenapa semua tu datang bila cuti study week ?????
Bila dah cuti semester rasa bosan yang amat tak tahu nak buat apa ! 

Kesimpulannya, syaitoonnnn banyak sangat bila kita berniat nak berbuat sesuatu yang mendatangkan faedah . Terpulang pada diri sendiri untuk fikirkan mana yang baik atau sebaliknya . Okay dah habis cerita . Bye

*menunggu hari nak pergi vacation . Yeayyy