Sunday 25 December 2011

Singapura !

assalamualaikum...
kat sini aku cuma nak share sikit cerita dan pengalaman aku utk pertama kalinya melawat negara orang . hihi..syoknyaa UNIVERSAL STUDIO ! ahh.. malas nak taip2 lagi..nengok je la pic kat bawah ni keyh ;)


amboihh.. ter'snap' lubang hidung org pulak .

beratur utk masuk . kami pakai bodyguard ! hehehh



shrek & fiona dah penat . otw nak balik rumah diorang :'( tak dpt bergambar .

bos sape lah ni ! lu memei terbaik lah bos :D

dekat dalam egypt park ni ada indoor roller coaster . sumpah aku kempunan nak naik lagi sekali .seriously best roller coaster tu . tak tipu !
yang ini pun best jugak ! diorang lakonkan action gempak .semua mat saleh yang take part . memang berbaloi-baloi.. haha
satu-satunya tempat makan dalam tu yg ada logo HALAL ! hahahh ..dekat dlm egypt park tu lah .
new york city .
suka sgt pokok candy ni . cantek !
terlampau penat . bos snap gambor.. dah tak heran dah :D
sempat naik yang warna merah tu je .seriously, best & tak sesuai utk org yg ada heart attack .hee.. yang biru tu satu hari nanti ! insyaAllah . *sampai termimpi2 nak naik yg biru tu .

tu saja lah buat masa ni . malas nak update sangat . haha . terima kasih bebanyak dekat bos aku yg gila sporting bawak kami holiday sampai universal studios. siap jadi pemandu pelancong lagi utk staf dia . sepanjang kitorang bercuti tu pun, bos mesti bawak makan kat tempat yang best2 kat melaka . yg harganya  boleh telan air liur kalau dgr . HAHA . thanks bos .! you're the awesome boss around the world . ahaha

*next week , fly to langkawi again ! tak sabar haihh . ;)

Wednesday 23 November 2011

this weekend :)


wait for me !!!!!

Thursday 18 August 2011

Last minute !

TAK SAMPAI HATI NAK MAKAN CHOC NI NYE PUNN !!


ok, lagi seminggu lebih kita nak sambut raya kan..time to settle kan semua order .
alhamdulillah ada tempahan . dari kawan-kawan & customer kedai makan nenek . buatnya memang agak leceh la . so, jangan nak bergurau senda sangat lah time aku tengah buat ni . boleh mendatangkan angin kus-kus woo..haha .takdalah leceh mana pun, cuma kena buat sikit-sikit sebab nak letak macam-macam warna . tak boleh panaskan coklat lama-lama atas api . asyik kena bukak tutup dapur ulang-ulang . asyik kena basuh bekas cair coklat tiap kali nak buat the next colour . lepas basuh kena lap betul-betul bekasnya sbb coklat sangat sensitip dengan air walau setitik :) .buat kena kat tempat takde kipas kalau tak coklat yg masih ada dlm piping bag boleh keras . lepas tu berlaku lah pembaziran..itu semestinya ! haaa, tak berapa nak leceh kan ?? :D..belum cerita pasal nak buat filling lagi .hehehe

hari tu sudah try deliver ke kedah dan johor . alhamduillah selamat sampai dgn eloknya .
terima kasih abg skynet ! HAHA . abg skynet selalu datang rumah hantar hamper . macho-macho gitu . ahakss

ok bye !

Saturday 13 August 2011

12 ramadhan

days with bff <3

mula-mula kemain planning dahsyat2 nak reserve tempat utk berbuka kat aroma ikan bakar jeram lah,tupai-tupai lah..last-last pergi makan buffet kat satu restoran seksyen 13 D'lawang..hehehe...tapi ok laa, tercapai matlamat nak jumpa ex-dorm.mate ! HAHA..walaupun yang ada cume 5 ketul jer..tapi so far enjoy sangat sharing macam-macam story lepas hampir 4 tahun tak jumpa..paling best bila ingat peristiwa-peristiwa kelakar masa kat asrama dulu..sekarang semua dah ayu-ayu :P

for sure la aku yang paling tough !


ini nama dia zira :) dia semakin ayu sekarang :D bff <3

ini eqa ! dia sangat cooollll ok ! hehehe bff <3

mya merangkap ketua kami & iz yang vouge :P bff <3





hahh ! yg ini paling styloo lah muke aku sekerat .

saja jer aku upload pic nih..tak nampak pipi aku yg mengembang tuh :P
thank you zira syg sudi jadi driver ..ahaksss...

apa-apa pun..thanks to all walaupun ciput jer yg join..yang lain masing-masing tengah busy tak dapat join..takpe next time maybe :)
love korang !http://www.emocutez.com

*penulisan yang sgt teruk dua tiga menjak nih ! huh

Saturday 6 August 2011

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja



*ok dah jatuh cinta seadanya dgn lagu nih ! sedih ..
rindu nak karaoke feeling feeling melampau . nasib baik bulan puasa .

k dah bye !

Wednesday 3 August 2011

RAMADHAN


HAPPY FASTING KAWAN2 BLOGGER :)


Friday 29 July 2011

harapan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



*amin Ya Allah :)

Thursday 28 July 2011

harimau malaya...aauuummmm


AAUUUUUUMMMM !!!

GO HARIMAU MALAYA !!! YOU CAN DO IT :DDD


wweeewiiiittt...khairul fahmi kerja keras habis malam ni ! well done ;) *(minit ke 64)

*semangat terlebih..aawww

Tuesday 26 July 2011

saya budak baru belajar :)

doorgift choc with filling

almond london, cornflake choc & peanut butter



sedia utk dipost..
boleh tempah..untuk info boleh tanye kat sini atau contact fb saya okie ! :) tq

Friday 22 July 2011

i'm coming home !

wuaaa..assalamualaikum..lamanyaaaaaa tak berdating dengan belog .al-kisah terlampau busy..ececehh...bukan apa, dah sebulan lebih ni kerja la sikit-sikit kat kedai makan nenek ku .tolong-tolong meringankan kerja sambil boleh dapat duet poket sikit .uhukkk !http://www.emocutez.com

jangan nak duet poket sangat lah !. padan muka berjanji lagi last-last duet tinggal habuk..kau berhutang hadiah dengan adik kau yang bakal nak jadi KPOP tu esok..hahaha..confirm dia marah kalau dia baca ni ..ahahahhh..bila lagi nak garu-garu *gurau-gurau kan..tinggal beberapa bulan je lagi ayong nak manja-manja dgn kau ! ahaksss..lepas ni 5 tahun kau duduk koreahttp://www.emocutez.com lepas tu kau tunggu lah lagi satu dua tahun ayong adik mak abah sampai sana pergi bercuti k ! HAHAHAhttp://www.emocutez.com

minggu ni dah start stop kerja..now, ada kerja besar pulak kat rumah . sambil-sambil boleh layan belog kan..HAHA..lepas ni dah bulan puasa..tak sabar..yuhuuu !! harap-harap puasa dan raya tahun ni paling syiiokkkk sekali . eksaitednyeeee !!!!!!

adiosss...

*sembang malam ;)

Saturday 9 July 2011

lepas hajat

ok . dah lepas hajat . thanks abah belanja malam tadi . TRANFOMERS 3D. punye la ramai orang nak tgk cite tu sampai sold out semua tiket time siang . yang tinggal pukul 12.20 am..see..tapi takpe, berbaloi..cerita mmg gempak..best gila ! i LOVE Optimus Prime..<3 next week harry potter pulak .aduii bankrap den .


:post yang sangat merepek ! ..: bye !:

Monday 20 June 2011

IDC !

IF YOU WANT TAKE IT ALL AS YOUR SECRET, JUST STAY AS LONG AS YOU LIKE IT ! I.D.C LAGI OKE !



Thank You . Please Come Again and Again .

Kursus Pembuatan Coklat

assalamualaikum.
sabtu & ahad lepas aku join kolej komuniti untuk kelas pembuatan coklat . so far, sangat-sangat enjoy .thanks kat KK @ GERGASI KETOD sebab offer untuk join kelas tu . best sangat sebab aku minat . :) kelas tak lah sampai petang pun . dalam pukul 1 tghari semua dah settle . masa dalam kelas kitorang buat coklat ikut group table masing-masing . memang best .! lepas ni insyaAllah raya nak buat sample .then, hantar di PKNS . tempat biasa mak aku hantar . coating chocolate menjadi pilihan !



oreo choc, oreo truffle, coating choc 


so, lepas ni kalau ada yang nak menempah..boleh saje . ini salah satu hobi baru :)

adioss .

note : InsyaAllah lepas ni nak join kelas masakan western, kecantikan & solekan pulak . yess !

Thursday 16 June 2011

REFLEKSOLOGI

assalamualaikum .
nak dijadikan cerita semalam secara emergency aku and parent balik ke kampung . ni semua sebab abah dah tak tahan lagi nak berubat .sejak-sejak naik pangkat selalu je dia sakit-sakit . elok-elok semalam dah sampai separuh jalan otw, boleh pulak dia patah balik sebab penyakitnya menjadi balik .haishh . medical check up semua dah complete buat then resultnya tak ada ape masalah kesihatan pun . NORMAL ok !  then, bersiap balik kampung jugak semalam sebab nak pergi tengok kat imam kampung sana .memang selalu berubat kat imam tu pun .sebelum tu pergi ambik nenek ku kat s.alm .die nghinduu dengan mak dia *moyang aku yang umur dah seratus tahun tuu :D ok, masa abah berubat mcm biasa lah .aku pun duk tengok je lah apa yang imam tu jampi serapah !*guna ayat-ayat quran la . not like BOMOH , syirik ok ! HAHA .lepas habis semua ingat kan dah setel, tetiba nenek aku boleh pulak suruh tengok kan rumah aku. ok yang ini serious scary ! dah taknak cerita .

lalalalalaaaa....

malam tu pulak lepas tengok nora elena episod akhir datang pulak ustaz urut refleksologi .mak aku suruh aku berurut .aww. ! (urut tapak kaki jangan pikir bukan bukan aku tendang nanti) .*uruiit tapaiik kakaii pakai sarung tangan yee..
ok semua tahu kan . segala urat saraf organ dalaman kita terletaknya pada tapak kaki .



silalah click kalau nak tengok mana duduknya urat kentut korang :D

dengan terujanya aku pun bersemangat nak buat urut refleksologi ni . last aku buat pun masa tu tingkatan 2 .muda lagi u, takde penyakit taw ! ok, lepas bapak aku dah satel turn aku pulak .ustaz tu siap mintak izin parent aku utk urut tapak kaki aku . lepas tu ada la baca-baca doa sikit & selitkan nama aku dalam doa tu .

*alhamdulillah lepas ni saya jadi budak baik taw !

dan bermulalah sesi berurut....perghhhh mak aii wa cakap lu sakit gila bhaiii ..*kan dah kluar ayat mat rempit !
seriously , aku dah tergeliat tak duduk diam . time tu aku gelak-gelak jugak la sebab semua orang gelakkan aku menahan sakit . dalam hati tuhan je yang taw rasanya nak lempang lepas tu tendang ustaz tu jauh-jauh ! haishhh
dia baru pegang sikit tapak kaki aku tapi rasa macam hapee sakit oiii...
tulang jari jemari ustaz tuh besi ke hape ?
dulu masa muda-muda aku urut serious tak sakit langsung .
yang ini aku tengok dia pegang sikit je tp bisanya tak boleh nak bayang lah .
lagi-lagi kat part ibu jari kaki kiri .dia kata kat situ urat kepala otak . HAHA
aku kan lembab ! tu lah sakit kot . HAHA . tapi sebenarnya aku ada masalah kat kepala .
tu sebab selalu sakit kepala & keguguran rambut . memang betul lah 100% .
sampai kat urat throat ustaz tu boleh bergurau pulak nak suara sedap tak . ni urut lebih sikit ! adoii .
tak payah la ustaz . ini pun dah tak tertanggung rasanya .
then masalah kat pancrease .katanya ada tanda-tanda nak kencing manis ! haa ?
yang ini paling terkejut lah .mak kata ni mesti penyakit keturunan ni .time tu terberangan sekejap lepas ni aku makan roti gandum gardenia yang plastik hijau tu saje ! nasik tak boleh makan . manih-manih tak boleh . APA PUN TAK BOLEH .omg haaa~http://www.emocutez.com

*tu berangan jep . rilex la baru tanda-tanda .HAHA

mula lah mak aku time tu bukak kuliah kesihatan dia . dia pegi ngadu kat ustaz tu aku ni makanan supplement taknak makan ! .beli mahal-mahal semua taknak . *mentang-mentang la mak aku urut dia steady jer tak rasa sakit .emm...http://www.emocutez.com

so, kesimpulannya alhamdulillah dah boleh detect awal kan .ni boleh jadi sumber inspirasi aku utk berdiet lepas ni . hehhehehh



p/s : mak saya tu asyik tido jep lepas berurut .haihh -_-
wakakaka !

Tuesday 14 June 2011




KORANGGGG !!!!

rindu gilerr lah .
nak macam dulu . :'((

Monday 6 June 2011

...............



FULLSTOP !!!

Wednesday 11 May 2011

oH ! pendrive :'(

assalamualaikum .
semalam saya buat perangai lama balik .
pendrive kesayangan saya 8GB habis dicuci dalam mesin basuh @ dalam erti kata lain "washing machine"

http://www.emocutez.com

oh no ! dalam tu ada banyak sangat file penting, gambar-gambar & sebagainya .
ini dah kali ketiga saya buat macam ni .
syukurlah pendrive saya tak rosak macam pendrive sebelum ni .
saya JANJI tak buat macam ni lagi .
ahhh !

Tuesday 10 May 2011

sape nak belanje ?



tolong laa..sumpah saya teringin nak tengok cerita ni ! pakwe2 saye semua takde kat sini time cerita ni main kat wayang.. aduhh ! *adik saye dah masuk belajar.. 'him' too tiada di sini :'( adik perempuan dah stay hostel.. hanya saya & dunia saya !
http://www.emocutez.com

Wednesday 4 May 2011

ohh gosH !

kenapalah mood saya ni macam ombak .. ada pasang surutnya .. ada syaitonnirojim kah dlm badan ni ? kesian si dia kalau menjadi mangsa..aduhh , nasib baik kamu amat memahami ..apa laa nasib kamu kan.. sabar yea ..HAHA .

Tuesday 3 May 2011

Maaf .

Maaf saya tinggalkan awak macam tu saja.. tanpa kata putus..sumpah saya tak berniat langsung tinggalkan awak kalau perangai awak molek .. saya dah tak tahu macam mana lagi nak treat awak.. sorry sgt ! saya akan kenang kisah kita bersama.. sekarang saya tengok awak dah tak ada seri lagi ..saya rasa dah hampir 3 tahun kita bersama kan ..? awak lah peneman setia saya bila saya dihantui pelbagai perasaan..saya marah, sedih, happy, bosan..semua lah..awak sgt berjasa dgn saya...

MAAFKAN SAYA !!!












:p

the newest :)

assalamualaikum & hye semua..
ok, this is my new account ! banyak benda yang membuatkan saya nak buka akaun baru.. first of all, for sure lah blog lama saya jadi entah apa-apa kan ? korang boleh laa tengok sendiri .. ini semua sebab salah saya sendiri jugak.. HAHA..sebab terlalu obses tukar template..hahh ! ambik kau apa yang kaw click pon kaw tak tahu nak betulkan balik.. biasalaa..masih buta berblogging :D

so, enjoy laa dgn yg baru ni yek ! HAHA..adiosss