Saturday 9 March 2013

Preparation Family Trip -Korea

Assalamualaikum .


Entah kenapa hari ni rasa nak update blog nak cerita pasal family trip ke Korea, 18 Feb - 22 Feb 2013 . Alhamdulillah family ada rezeki lebih dapat jugak merasa ke sana, plus, adik lelaki aku memang belajar kat sana . So, nak dijadikan tujuan ke sana sebab nak melawat dia lah . Sambil menyelam minum air ;)


Satu bulan sebelum pergi tu kitorang dah book tiket . Seperti biasa, Air Asia . Murah & pada aku not bad la servis dia . Kalau naik MAS, mahu makan RM10000+ untuk flight sahaja . Dua kali ganda murah air asia ;) janji selamat sampai kan. Lepas book tiket, mulalah dok pikir pikir preparation apa yg kena buat . Dah sedia maklum, masa kitorang pergi ni tgh musim winter . Mula-mula tak dapat nak bajet tahap sejuk kat sana . Tido pasang air cond yang 16 deg tu pun dah berselubung apa entah lagi kalau suhu bawah 0 deg kan.


So, selama satu bulan tu la aku menghadap laptop dari pagi membawak ke malam semata mata blogwalking . Aku mula cari cari info pasal negara K-pop tu . Salah satu sebab aku update blog pasal pengalaman aku ke sana pun sbb nak bagi info pada mereka mereka yang nak ke sana nanti . SANGAT BERGUNA OK ! Rata rata blog yang aku baca sangat sangat lah membantu dari semua aspek . Termasuk pakaian sesuai, budget, tempat menarik kat sana, makanan, imegresen, transport, guesthouse dan pe'el orang orang Korea ni .Aku rasa bila baca blog tu semua mcm aku dah sampai kat sana . Punya feelnya :D


Abah pulak, dah bagi tugas dekat aku dengan Bob (adik laki aku) utk cari guesthouse kat sana . Kata abah, "abah tahu keluar duit je . Guesthouse dan tempat yang kita nak pergi nanti korang arrange lah agendanya !" Cewahhh ! Memula agak excited bila abah cakap mcm tu . Tapi makin nak dekat pergi makin serabut pulak rasanya . hihii . So, berbekalkan Skype & Whatsapp untuk berkomunikasi dengan Bob, kitorang pun survey guesthouse, dibantu dengan Nurizan ("kawan" Bob *katanya). Nurizan ni kira dah pro dalam berbahasa Korea . Dia dgn Bob yang jadi jurubahasa kitorang sepanjang kat sana. Untuk makluman, sangat-sangat susah nak jumpa orang Korea yang boleh berbahasa Inggeris . Mereka akan guna bahasa mereka kalau nak komunikasi dengan kita . Dorang ni expect kita pandai bahasa dorang. Kalau ada yang boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit pun, sumpah korang takkan faham :D Sudahnya, macam itik bercakap dengan ayam la ghopenyeee..


Akhirnya, Phil House jadi pilihan terakhir . Bob yang cari, then aku berurusan dalam email dengan pihak Phil House ni . Nasib baik dorang ni mmg mesra. Dok layan je email2 aku . Dan, dalam masa sebulan tu, aku & mak buat preparation apa yang perlu dibawa . Barang makanan of coz kena bawa ! Semua akan aku update lepas ni . Nantikannnn ;)

0 biji strawberiharajuku yang gebu !:

Post a Comment