Sunday 10 March 2013

Seoul Day 1

Hi.. seperti yang aku cakap nak update pasal family trip ke Korea . 1..2..3..Go!


18/2/2013

Seawal pukul 4.30pg abah dah kejutkan semua orang . Flight kami pukul 8.50pg . Abah ni dia dah terbiasa kerja dengan Jepun . So, apa-apa pun mesti nak semua awal . Aku memang mengantuk tahap dewa sebab malam sebelum tu tidur pukul 2pg. Bajet-bajet taknak tidur sangat malam tu sebab nak simpan rasa mengantuk tu dalam flight . 6jam 20minit kauu ! nak buat aksi apa dalam flight . Bosannn

Nasib baik ada Irap yang baik hati hulurkan pertolongan nak hantarkan kami pagi tu . Terima kasih awk :) Sebab kalau nak park kereta dekat Lcct agak mahal untuk 5 hari . Tambah pulak selalunya parking penuh . On the way nak ke Lcct tu singgah untuk pick up atok dgn makwan . Atok & makwan pun nak hantar kami jugak :D then, singgah R&R Dengkil untuk solat subuh.


6.45 kami sampai Lcct . Lepas check in luggage kami pun pi singgah sarap dekat Marry Brown . Kalau bawa atok, mesti pekena teh tarik ! Marry Brown pun ada teh tarik . kelasss gittewww !



Oitt ngantok ke apa nii ??





Lepas breakfast kitorang boleh pula bersantai santai tangkap-tangkap gambar bagai padahal dah diumumkan panggilan terakhir untuk berlepas . Disebabkan tu kitorang jadi orang paling akhir sekali masuk dalam kapal terbang . hahahaa . 


Okay bermulalah perjalanan selama hampir 7 jam . Punggung ni dah tak terkata kematunya . Nak snap gambar pun dah kehabisan idea untuk beraksi ! hakhakk >.<


Masa dalam flight, pramugari yang cun-cun tu akan agihkan arrival card & custom declaration ni . Ni kena serah bila tiba kat imegresen Korea. Isi jangan tak isi . Isi awal-awal senang !


Nasi Lemak Pak Nassier . Sedappp . Tapi aku kenyang time ni . Percaya tak ?


Bukti kami bosannnn T____T




Tepat pukul 4.10 petang waktu Korea kitorang pun sampai di Incheon Airport . Tak sabar sangat nak jejak kaki kat bumi Korea ni . Eksaitedd makkk ! :D 

Sedia maklum teknologi kat Korea mmg advance . So, masa dekat imegresen tu tak lah lama. Sekejap je . Then, tak sabar nak jumpa Bob ! Yeayyy..



Yeayyy ! Finally, lepas 1 tahun tak jumpa .


Reaksi pertama aku lepas jumpa dia . "Amboiii, ni Lee Min Ho..ho..ho..horlick kaa ?" mihmihmih >.< *Okay, bergaya dah sekarang . Kalau dia baca ni kembang tak kuncup lah jawabnya . Dalam airport tu aku masih tertanya tanya, "alahaii, mcm ni ke sejuk kat Korea . Takde la sejuk manaaaa..*Nada sombong disitu !


Lepas dah jumpa salam peluk semua kitorang nak cari tempat untuk solat . Ada satu tempat tu dipanggil Prayer Room kat airport tu . Kat situ pelbagai bangsa dan agama boleh solat . haa hambekk ! . Then Bob cakap tak payah solat kat dalam tu . Sebab dalam tu siap ada patung berhala semua . Then ada sami yang jaga . So, kitorang cari arah kiblat pakai apps dan solat kat satu sudut tersorok kat airport tu .Satu masalah yang agak rumit, toilet public kat Korea ni semua tak ada paip . Dorang jenis tak suka lantai toilet basah & kotor . Tapi tang kencing tak basuh tak kotor pulak . gituuu.. Awal-awal orang yang jaga toilet tu dah warning kalau nak berwuduk jangan basuh kaki dalam singki . Mungkin dorang dah selalu nampak orang kita ambil wuduk naik kaki kat atas singki .So,Nurizan ajar ambil wuduk basuh kaki guna tisu basah . Ini dikira darurat . 


Islam itu mudah ;) Solat diutamakan tak mengira keadaan .


Waktu Korea awal 1 jam dari Malaysia . Waktu ni kitorang jamak asar dan zohor . Waktu maghrib kat sana adalah pukul 6 lebih yer . Lepas solat, lepak lepak sekejap pekena susu pisang . Sedap gilerrrr



Keluar je dari airport menuju ke train barulah aku rasa sejuknya Korea . Mak aiii..baru keluar aku dah rasa tangan nak kebas . Gigi dah bergesel . Urat kaki dah mula rasa kejang. Tak tahan terus buka beg ambik baju sejuk . Si Bob gelakkan aku . Sedap je dia cakap "haha..suka tgk korang terseksa sebab sejuk ni . Best kan ! " siot..Melampau sejuknyaa.. tambah dengan angin kuat . Tak silap suhu malam tu -2 or -3 degree macam tu laa . Nasib baik tak tunggu train lama . Train kat sana sampai tepat pada waktunya . Paling lama korang akan tunggu pun dalam 3 atau 4 minit sahaja . Tak pernah delay la sepanjang aku kat sana . Yang itu, gua respect !!


Lama jugak nak sampai ke Achasan . Lebih kurang 1 jam 30minit perjalanan nak ke guesthouse. Guesthouse yang kitorang book terletak kat daerah Achasan . Sangat dekat dengan subway station . 1 minit je . Siapa yang nak ke Korea aku syorkan korang pilih Phil House . Bersih, harga berpatutan, staf yang mesra, bilik yang cantik, moden . Sangat selesa ok ! 










Lepas check in bilik kitorang tak sempat nak rehat pun . Sebab masing masing dah lapar . Malam tu decide nak ke Itaewon untuk makan dan beli barang keperluan yang halal . Itaewon terkenal sebagai tempat pelancong . So, makanan halal pejam mata je nak cari disana yer . Sebab banyak Pak Arab dan Pakwe2 Turki yang jadi peniaga kat sana . Bob bawa kitorang makan Pilaf kat Mr.Kebab malam tu . *Abg Turki yang serve kan kitorang Pilaf tu machooo ! hikhikk




Sedapp . Tapi tak mampu nak habiskan . Banyak sangat . Kitorang syak, dorang ni dah nak tutup kedai .So, mana Pilaf yang terlebih lebih tu dorang sumbat kat pinggan kitorang . Syak je laa, jangan percaya .



Semua muka dah toyaaa ! Aku dgn Nurizan masih control ayu . :p




Habis makan, kitorang jalan-jalan Itaewon sambil nak cari kedai beli barang halal nak masak . Tengah jalan-jalan kat tepi2 pub & restoran dorang aku nampak ada 2 3 awek Korea yang cun gila . Make up macam artis . Rupanya, itu maknyahh Korea . Aku ternganga pandang Bob bila dia cakap tu semua pondan . Homagoshhhh ! Cantik gila sekali dengar suara sumpah taknak pandang dah ! Macam tak caya kat sana pun ada jugak spesies tu ek . Aku agak dorang tengah tunggu customer dorang . Siap bergosip sesama dorang lagi depan hotel bajet  . Lepas cari barang, kitorang balik ke Achasan . Tak sabar nak golek--golek atas katil . Penat sangat, plus, tak tahan cuaca malam tu sejuk nak mampuihhh .


Next entry...Seoul Day 2 ;)

0 biji strawberiharajuku yang gebu !:

Post a Comment